Home Resepi Pencuci Mulut Resepi Agar-Agar Santan Pandan

Resepi Agar-Agar Santan Pandan

269

Malam2 ni sambil tengok tv sedap makan pencuci mulut ni sejukk2 dari peti ais.😋

Agar2 Santan Pandan a.k.a Beledo Santan Pandan.

Csue guna resepi ni tadi olah2 siket sendiri. Nak guna boleh la sebab senang je cara membuat nya. Tak leceh langsung.

Bahan:

1. Agar2 tali 20g
2. Santan segar 1 pek
3. Telur sebijik size c
4. Gula 1cawan
5. Air 5cawan
6. Perisa pandan 2 sudu kecil (csue guna tudung botol perisa tu je)
7. Pewarna epal 1 sudu kecil (csue guna 1 tudung botol jugak)
8. Esen vanila 1 sudu kecil (csue guna tudung botol esen)

Caranya:

1. Basuh agar2 dan kemudian panaskan dalam periuk, kacau2 sampai larut/cair.
2. Dah mendidih dan larut agar2, boleh masukkan gula 1 cawan, kacau2 sampai sebati.
3. Kemudian masukkan perisa pandan, pewarna epal dan kacau2 lagi.
4. Pecahkan telur dalam santan, kacau2 guna garpu je. Kacau2 lembut dan rata. Lepas tu terus masukkan dalam periuk yang sedang mendidih.
5. Masukkan juga esen vanila, dan kacau2 sebati.
6. Kacau2 sekejap dan biarkan mendidih sampai meruap hingga hampir ke permukaan periuk tu terus tutup api. Jangan kacau lagi.
7. Masukkan dalam apa2 bekas atau dulang. Boleh golek2 kiri kanan bekas perlahan, taknak pun takpe. Dan biarkan sejuk.
8. Bila dah sejuk boleh masukkan dalam peti ais, untuk lebih sedap. Siap!😋

Csue tak guna daun pandan sebab daun pandan takde!😁

Sertai Dropship PinkLady Sekarang Di Sini: [Klik]