Home Resepi Ayam Resepi Ayam Percik

Resepi Ayam Percik

77

AYAM PERCIK

Resepi perapan ayam..

Resepi Ayam Percik
Bahan-bahan untuk perap ayam

1 ekor ayam
2 biji bawang merah/besar
1/2 labu bawang putih
1 inci halia
3 sudu serbuk kunyit
2 batang serai
1 sudu jintan manis (dikisar)
1 sudu ketumbar ( dikisar)
Gula &garam secukup rasa.

Cara-cara.

Resepi Ayam Percik
Kisar bawang merah, bawang putih, halia Dan serai.

Kisar bawang merah, bawang putih, halia & serai.
Gaulkan semua bahan-bahan bersama ayam & boleh perap selama 3 jam.. Kmudian boleh dibakar..

Resepi Ayam Percik
Masukkan serbuk kunyit, ketumbar Dan jintan manis,kisar lagi…

Resepi Ayam Percik
Perap ayam selama 3jam atau lebih
Resepi Ayam Percik
Puasa2 Ni, Rupa macam Ni dah nampak sedap… 🤣
Resepi Ayam Percik
Saya guna noxxa hp 7minit, mudah Masa bakar nanti, bakar kejap je sebab bahagian dalam dah masak… 🤭
Hasil lepas bakar guna noxxa…

Bahan kuah

Resepi Ayam Percik
Bahan untuk buat kuah.

3 biji bawang merah/besar
1/2 labu bawang putih
15 tangkai lada kering/ikut kepedasan(direbus & dikisar)
2 inci halia
3 sudu serbuk kunyit
2 batang serai
1/2 kotak santan
Gula melaka (ikut citarasa)
1/2 kiub ayam
3 sudu sos cili
Gula, garam & perasa

Cara-cara

Resepi Ayam Percik
Tumis bahan yang dikisar sampai masak Dan pecah minyak.

Resepi Ayam Percik
Masuk serbuk kunyit.

Kisar bawang merah, bawang putih, halia & serai ditumis sehingga naik minyak.
Kemudian masukkan lada yang dikisar & serbuk kunyit ditumis sehingga lada betul2 masak..
Masukkan sedikit air untuk cairkan kuah.
Masukkan 1/2 kotak santan, gula melaka, kiub ayam & 3 sudu sos cili.. Biar sehingga mendidih.

Resepi Ayam Percik
Masukkan kiub ayam, sos cili, gula melaka serta santan.

Masukkan gula 7 sudu ( ikut citarasa), garam & perasa..
Kebiasaan kuah mesti manis baru sedap dimakan bersama ayam yang sudah dibakar…

Resepi Ayam Percik
Jadi kuah percik ❤️

Tips nak lagi sedap, ayam yang dibakar menggunakan arang dicelup panas-panas ke dalam kuah percik untuk mendapatkan kuah yang lebih beraroma…

Resepi Ayam Percik

Saya potong² ayam supaya senang nak bakar.
Bakar kejap, pastu celup dalam kuah Dan bakar sikit lagi…
Resepi Ayam Percik
Tadaaa, hasilnya… Tak sabar nak makan… 😅

Selamat mencuba….

Credit to tuan empunya Resepi : Faraa Ain

Sertai Dropship PinkLady Sekarang Di Sini: [Klik]