Home Resepi Bubur Resepi BuBur Lambuk

Resepi BuBur Lambuk

155

Hari ni nak share resepi bubur lambuk yg terlajak laris sedap kebabom dari #nisadelishkitchen

Tahun ni Insyaallah akan Cuba buat.. ada permintaan daripada beberapa org regular customer..

Alaaaa share je pon… Rahsia setiap masakan ialah air tangan Dan nama pon rahsia mana boleh bg tau..

Korang yg nak Cuba OK ni resepi nye

Bubur lambuk :
Bahan2 :
♥️1kg beras – rendam lg lama lg bagus.. Cepat masak bubur tu..
❤️Daging segar.. Hiris halus.. Cincang pon boleh.
♥️1 peket rempah sup (xkisah jenama apa)
❤️1/2pkt rempah kurma
❤️Semangkuk ikan bilis sepaeuh digoreng garing separuh lg kisar kasar
♥️3 biji Bawang besar
♥️5 ulaa Bawang putih
❤️Halia sebesar ibu jari kaki
❤️Semangkuk kacang tanah yg da digoreng
♥️Lobak asin yg halus (ada jual dalam paket)kalau xde beli yg besar tu Cincang sendiri.
❤️1sudu besar lada hitam
♥️ 1 kotak santan kecik (guna santan segar 250gm lg sedap)
❤️3 batang Lobak merah potong dadu
♥️2 ikat bayam.. Cincang
❤️ Kiub lembu knorr (kalau suka) x letak x pe
♥️Garam Dan gula secukup rasa.
❤️Semangkuk Minyak masak utk menumis
♥️Daun pandan Dan rempah 4 beradik.
❤️Air secukupnye.

Hiasan :
❤️Bawang goreng maju limbat (buat sendiri lg sedap)
❤️Daun sup Dan Daun Bawang potong halus

Cara2:
1. Bawang merah.. Bawang putih dan halia kisar halus.
2. Panaskan minyak.. Masukan Daun pandan Dan rempah 4 beradik.. Biar sampai naik bau..
3. Masukan Bahan2 kisar sampai pecah minyak
4. Masukan rempah sup Dan kurma serta lada hitam.. Biar sebati Dan pecah minyak.
5. Masukan daging.. Biar sampai empuk. Yg ni kalau rajin nak rebus daging tu pon boleh. Masukan sekali air2 daging tu..kalau suka boleh letak Kiub daging
6. Masukan beras Dan air..serta ikan bilis yg Di blend kasar. Biar sampai beras kembang nak jadi bubur.. Kalau x cukup air boleh laa tambah air.
7.Masukan sanatan.. Lobak asin cincang.. Sayur Lobak merah yg dipotong dadu Dan bayam cincang
8.Gaul sebati.. Biarkan Sampai dapat kelikatan yg korang nak..
9.masukan garam Dan gula secukup nye.
10. Tabur kan kacang.. Ikan bilis goreng.. Daun sup Dan Bawang sebagai hiasan
11. Da buleh makan time buke pose..

Selamat mencuba..

Tp aku rasa korang x nak Cuba punye sbb leceh..

Sskian perkongsian malam ni.. Jgn pandai2 nak ckp cara sy begin.. Begitu.. Mak sy pakai ini.. X pakai tu.. Ni resepi aku suke hati aku laa..

Nak ckp lebih2 atau nak compare dgn resepi korang.. Korang boleh bukak link sendiri ehh..jgn nak nyebok kt status aku

Adehhhh.. Rindu pulak nak masak bubur lambuk..

Selamat mencuba Kepada yg rajin..
Cauuuu

Sertai Dropship PinkLady Sekarang Di Sini: [Klik]