Home Resepi Pencuci Mulut Resepi Chicken Pie

Resepi Chicken Pie

149

Resepi Chicken Pie

Pastri:
400 gm mentega
500 gm tepung gandum
100 gm tairu biasa (plain yoghurt)
2 sudu teh gula
2 biji kuning telur
secubit garam

Cara
Masukkan semua bahan ke dalam sebuah bekas yg besar kecuali tairu. Gaul rata sehingga bahan menyerupai ‘breadcrumbs’. Kemudian, masukkan tairu dan uli sehingga menjadi adunan yg lembut. Masukkan adunan ke dalam peti sejuk kira-kira 30 minit hingga 1 jam sebelum digunakan.

Inti:
3 biji ubi kentang dipotong dadu – rebus
2 biji bawang besar (potong dadu)
secukup cendawan butang (hiris atau potong kecil2)
300 gm isi ayam (potong dadu)
200 gm mix vegi
2-3 sudu besar tpg jagung (bancuh dgn 5 sudu besar air)
1 sudu besar gula (optional)
1-2 sudu teh garam (atau secukup rasa)
1/2 sudu teh serbuk buah pala (optional)
secukup lada putih / lada hitam.
4 sudu besar minyak
1 biji kuning telur + 2 sudu besar susu segar (utk sapu atas permukaan pie)

Cara
1) Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang besar hingga layu. Masukkan isi ayam tadi dan kacau sebentar sehingga agak masak.
2) Seterusnya, masukkan cendawan, kentang & mix vegi. Kacau hingga sebati lalu bubuh garam, gula, lada putih/hitam & serbuk buah pala. Kalau bahan agak kering, bubuh sedikit air dan gaul lagi.
3) Kemudian tuangkan campuran tpg jagung bersama air tadi. Gaul rata-rata. Sesuaikan rasanya dan matikan api.

Cara Membuat Pie
1)Keluarkan adunan dari peti sejuk lalu dicanai. Anda boleh buat pie mengikut saiz yg anda suka.
2)Setelah adunan dicanai, terapkan dan bubuh ke dalam acuan pie lalu ratakan.
3)Cucuk2 sedikit adunan di dasar acuan. Kemudian, isikan dgn intinya dan tutuplah acuan pie ini dgn sekeping lagi adunan yg telah dicanai.
4)Cucuk2 lagi di permukaannya dan sapukan dgn kuning telur. Bakar dalam oven dgn suhu 180C selama kira-kira 30 minit

—–
lebihan pastry s buat utk pie telur …proses pasti sama …
Bahan2 :
50g kuning telur(anggaran 3 biji)
25g gula castor (sy jadikan 30gm..sedang elok manis)
60g full cream milk
100g dairy whipping cream
1/4 sdt vanilla essence

Sertai Dropship PinkLady Sekarang Di Sini: [Klik]