Home Resepi Biskut Resepi Chocolate Hazelnut Cookies

Resepi Chocolate Hazelnut Cookies

159

Resepi Chocolate Hazelnut Cookies dari Puan Zainab Khamis…
Silakan semak

CHOCOLATE HAZELNUT COOKIES

Bahan-bahannya:
250 gm mentega
100 gm kacang panggang hazelnut (kisar halus)- saya kisar 1/2 kasar 1/2 halus
225 gm tepung Hong Kong (saya tambah sedikit lagi jika adunan lembik)
1 sudu teh esen vanilla
70 gm gula halus
50 gm tepung beras
secukup badam/hazelnut cincang (dibakar sebentar)
secukup hazelnut (dibakar sebentar)

Peraturan:
Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan tepung Hong Kong, tepung beras dan hazelnut kisar. Ambil sebiji hazelnut, bolotkan dengan adunan tepung tadi hingga menjadi seperti bola. Ulang sehingga kesemua hazelnut dan adunan habis. Bakar di dalam oven dengan suhu 170 darjah Celsius selama 20-25 minit. Setelah masak, sejukkan dan celup dengan cokelat mohrenglanz yang telah dicairkan. Masukkan ke dalam acuan kertas lalu taburkan di atasnya dengan badam/hazelnut cincang.

Cara saya:
Selepas menabur badam/hazelnut cincang, biarkan cokelatnya kering baru dicelupkan lagi atau tuangkan cokelat (kali kedua) ke atas cookies tadi dan taburkan badam/hazelnut (kali kedua).
Foto hiasan dari google

Selamat mencuba!

Sertai Dropship PinkLady Sekarang Di Sini: [Klik]