Home Resepi Kek Resepi Kek Buah

Resepi Kek Buah

89

Resepi Kek Buah

-Share Resepi-
Nanti nak raya elokla bawa buah tangan ni untuk bakal mertua untuk mertua dll. Kompem diorg suka 😬
Kek buah super senang resepi untuk kek bakar.

1 ketul pure butter anchor/scs/lupark/la bella
170gm Gula Perang
4 biji telur Gred A @ 5biji gred B
1 sudu esen vanila
2 Sudu sunquic oren
1 sdt baking powder*
1 sdt soda bikabonat*
230 gm tepung gandum cap bunga ros*
250 gm buah campur+ campur dengan 2 sudu tepung gandum yg ditimbang td.

Cara2:

1. Mix butter dan gula perang sampai gebu, gebu means dia betukar warna
2. Masukan telur satu persatu, kena sabar masukan satu putar, masukan satu putar. Sampai habis.
3. Masukkan esen vanila dan sunquick sekali gus, pukul bagi rata.
4. Last sekali masukkan tepung yang telah diayak secara kaup balik, masukkan sikit2.. sampai abis.
5. Last sekali masukkan buah campur tadi.
Gaul sebati.. tinggalkan sikit utk tabur dekat atas.

6. Bakar pada suhu 140 darjah selama 45 minit atau sehingga masak.. kalau tak masak tu tambah la masa.. jangan pembaris sangat πŸ˜‚.


*buah kena gaul dengan tepung gandum sbb kita x nak bagi buah mendap kat bawah tauπŸ˜ƒ
*ada beza kalau guna pure butter dan majerin macam buttercup or majerin pelangi.. rasa dia tak sama, tapi citarasa orang berbeza. Boleh tukar ikut selera tekak masing2.
*kalau pakai tepung naik sendiri boleh skip baking powder dan soda bikabonat.
*lebih prefer pakai tepung naik sendiri.
*mudah sebab tak payah tunggu lama nak masak πŸ˜….

Sertai Dropship PinkLady Sekarang Di Sini: [Klik]