Home Resepi Biskut Resepi Pandan Gula Melaka Cookies

Resepi Pandan Gula Melaka Cookies

1037


Resepi Pandan gula melaka cookies
Pandan gula melaka cookies / onde-onde cookies..termasuk dalam list butter cookies.. wangi betul bau dia.. belajar PJJ tapi resepi PJJ hurmm tak sedap , paatu Resepi ni saya olah semula sendiri..

untuk dapatkan yang sempurna macam ni 6 kali saya cuba macam-macam resepi tapi semua tak kena kali ke6 baru jadi ..memang menagis 😅

Edit resepi .. boleh share doakan saya murah rezeki , dapat bby dan jualan kukis raya laku😍

ni satu adunan sikit je buat banyak gandakan yer.. dapat dalam 26-30 biji

120 g buttercup nak sedap pakai pure butter
(pastikan butter pada suhu bilik supaya bunga yg kita tekan tu tak mengembang)
140 g tepung superfine @ gandum nak sedap superfine
35g brown sugar nak manis blh tambah ni dah sedap manis2 buah
1 sudu kelapa kering
1 sk paste pandan
1sk pewarna hijau eppal
secubit garam
3/4 tsp baking powerder
1 biji telur ( pilihan) telur gred C xpe sebab adunan ni tak banyak..

nozel saya guna 864

pukul butter dan gula sebati jer
masukkan paste pandan dan pewarna kacau sebati masukan tepung & satu sudu kelapa kering putih kacau sebati..

masukkan dalam paiping beg dan tekan. pakai nozel ikut kesukaan masing-masing

nak buat bulat bagi elok buat satu pusingan saja pastu stop tekan doh tu eh baru jadi elok..

jangan tekan terlalu besar bila bakar adunan akan kembang sikit tapi masih ada bentuk ..

hiasan :

letak sebelum bakar

gula melaka sagat
kelapa parut hawai ( kedai bakery)

suhu 180© 15_20 minit ikut perangai oven masing-masing

Sertai Dropship PinkLady Sekarang Di Sini: [Klik]