Home Resepi Ayam Resepi Paprik Ayam

Resepi Paprik Ayam

603

PAPRIK AYAM MEMUKAU SELERA


Bulan puasa ni mesti semua stress nak fikir masak lauk berbuka kan? Nak masak banyak2 lauk takut tak sempat pulak. Meh fiqa bagi idea masakan simple ni. Satu lauk ada ayam, ada sayur. Satu ni je pun dah cukup. Nak lagi power, goreng telur dadar. Memang gandingan mantopp! 😍

BAHAN-BAHAN:

2 biji bawang merah – Hiris
2 ulas bawang putih – Hiris
Sedikit halia – Hiris
Serai sebatang – Ketuk
2-3sb cili kisar
3sb sos tiram
3sb sos cili
3sb sos tomato
Gula n garam – Secukup rasa
5 helai daun limau purut – koyak2 kan je
Sayur2 ikut suka. Fiqa letak carrot, bunga kobis, buah tomato, kacang buncis dan putik jagung. (semua sayur ni request by Waiz)
Ayam yang dipotong kecil.

CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak didalam kuali
2. Goreng sekejap ayam yang dah digaul dengan kunyit dan garam, keluarkan letak tepi dulu
3. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan serai sehingga naik bau
4. Masukkan cili kisar dan tunggu sampai garing
5. Masukkan 3 sos bersahabat tadi dan digaul rata
6. Masukkan gula dan garam ikut citarasa masing2
7. Masukkan ayam yang dah digoreng sekejap tadi
8. Masukkan sayur2 kecuali tomato
9. Masukkan daun limau purut dan air sikit untuk kuahnya.
10. Akhir sekali baru masuk buah tomato

Siap!

Haaa.. Kecur liur dahlah tu. Tunggu azan maghrib dulu tau baru makan! Jangan confuse pulak azan maghrib dengan asar. 😁

Sertai Dropship PinkLady Sekarang Di Sini: [Klik]