Home Resepi Pencuci Mulut Resepi Puding Buahan Campuran

Resepi Puding Buahan Campuran

220

Harini masak puding buah campuran favourite ecah ni dari kecik .. resepi mak tersayang. Dalam banyak banyak jenis puding nih ja ecah tak pernah jemu makan.

Juadah pemanis mulut nak buka posa nanti. Sejukkan puding nih memang sedap.

Resepi puding buahan campuran
2 bungkus agar agar ( berapa gram tak tau sbb masa beli tak ada ditulis gramnya.puas belek belek tak dak langsung.tp ecah beli yg paket panjang ja)
Gula ikut manis
Esen vanila sikit
1 tin besar buahan campuran
1 tin susu cair
2 biji telur
2 sudu besar tepong castard
Boleh masukkan sedikit sunquick tropika utk sedapkan lagi

Caranya
Rebus agar agar sama paras sahaja air nya. Tqpi jika nak lebih lembut boleh tambah lagi 1 cawan air.Dah cair agar agar masukkan gula kacau hingga sebati dgn api sederhana. Dah hancur gula tu baru masukkan buah buahan campuran sekali dengan air buahnya.Perlahankan api dan masukkan susu cair dan dii ikuti 2 biji telur ( timbuk dulu telur tu) jangan api kuat nnti telur berketul 😅 bancuh tepong castard dgn air sejuk dan masukkan sekali dan kacau dgn api perlahan sehingga tekstur sebati.. kalau kurang manis tambah lagi gula.

Dah masak tutup api tuangkan ke dalam bekas. Hampa akan dapat 2 bekas boleh lah berkongsi rezeki dengan jiran nanti.Sejukkan terlebih dahulu baru masukkan ke dalam peti sejuk.

Sekian selamat mencuba 😍

Sertai Dropship PinkLady Sekarang Di Sini: [Klik]