Home Resepi Ayam Resepi Rendang Ayam

Resepi Rendang Ayam

184

Resepi Rendang Ayam
Bahan-bahannya:-
•5-6 ketul ayam
•8 ulas bawang merah
•2 ulas bawang putih
•1/2 inci halia
•1/2 inci lengkuas
•1/2 inci kunyit hidup
•7 biji cili padi
•3-4 batang serai – dititik
•1 sudu besar cili kisar
•1 sudu besar kerisik
•2 sudu besar rempah kari ayam/daging
•1 sudu besar gula Melaka
•1 mangkuk santan
•5 helai daun kunyit
•5 helai daun limau purut
•Garam dan gula
Cara-cara membuatnya:-
1.Kisar bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit dan cili padi.
2.Panaskan minyak, tumis bahan-bahan yang telah dikisar dan serai.
3.Masukkan cili kisar, rempah cap bunga ros, gula Melaka, kerisik dan santan. Kacau sehingga sekata, kemudian masukkan ayam.
4.Masukkan daun kunyit, daun limau purut, garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga kuah pekat.
5.Siap untuk dihidangkan dengan nasi putih, nasi himpit atau ketupat.

Sertai Dropship PinkLady Sekarang Di Sini: [Klik]