Home Resepi Pencuci Mulut Resepi Tauhu Goreng

Resepi Tauhu Goreng

115

Resepi Tauhu Goreng
Bahan2nya:-
4 keping tahu biasa (keras)- direndamkan ke dalam air garam dan bawang putih kisar(bawang putih dalam anggaran 5 biji)
1 biji timun, dihiris nipis dan dimayang
100 g taugeh, buang ekor dan celur dalam air panas sekejap
200 g daun salad
1 batang lobak merah (dihiris)

Minyak masak untuk menggoreng tahu
Bahan2 sosnya
4 ulas bawang putih
10 biji cili padi
200 g kacang tanah
3 – 4 sudu besar- gula timbang(kecokelatan warna)
3 sudu besar kicap lemak manis
1 1/2 – 2 cuka (buat masakan)
Sedikit belacan bakar ( 1 cm)
Air panas suam secukupnya
Garam sedikit
100 g Biskut manis


CARA MEMBUATNYA
Tahu dicelupkan ke dalam larutan air garam yang ditambahkan dengan bawang putih yang telah dihaluskan hingga sebati sebelum digoreng.Panaskan minyak dan digoreng terendam tahunya sehingga warnanya menjadi keemasan dan dipotong .
Toskan.
Kacang tanah digoreng hingga perang, buang kulit dan tumbuk separuh halus(maseh kasar).
Biskut manis dikisar halus.
Tumbuk cili padi dan bawang putih hingga lumat dan keluarkan dari batu lesung.
Campurkan semua bahan2 sos, kacang dan biskut manis kisar dikacau hingga rata.
Tambah sedikit air suam , jangan terlalu cair atau pekat, sesuaikan rasa dan tambah gula@garam@cuka.Rasa secukupnya sebelum dihidangkan.
Ambil sekeping tauhu goreng tadi.
Potong kepada 4 – 6 bahagian , Aturkan daun salad ke dalam pinggan lalu letakkan tahu diatasnya, tabur atas tahu tadi dengan hirisan timun, lobak merah
dan taugeh.
Tuang sos kacang secukupnya dan hidangkan.

Sertai Dropship PinkLady Sekarang Di Sini: [Klik]